SELAMAT DATANG KE BLOG GPK HEM ( RENDAH ) DAERAH DUNGUN. SEMOGA DENGAN BLOG INI KITA DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT DAN PANDANGAN DALAM MEMAJUKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DIDIK KITA DI SEKOLAH MASING-MASING. SELAMAT MELAYARI BLOG INI DAN TERIMA KASIH.

Monday 19 October 2015

PROGRAM PEMAKANAN SIHAT SEKOLAH 2015

Assalamualaikum

Tarikh : 20 Oktober 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 1.30 ptg
Tempat : Dewan Perpustakaan Awam Daerah Dungun.

Terima kasih kepada murid-murid, guru-guru dan juga pegawai daripada unit kesihatan dan juga pegawai PPD Dungun yang telibat menjayakan program ini pada hari ini.












Sunday 18 October 2015

PENDAFTARAN KE SEKOLAH KAWALAN 2016

Assalamualaikum

Tahniah kepada semua guru besar, gpk hem dan guru kelas kerana dpat menyelesaikan permohonan ke sekolah kawalan bagi tahun 2016.Terima kasih semua.

Daripada

Pegawai PPD - Pengurusan Sekolah Menengah

Friday 16 October 2015

PENGHANTARAN TUGASAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH SEMASA BENGKEL GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Sekadar Peringatan Bersama

SK YANG TELAH  MENGHANTAR TUGASAN KE PPD BERKAITAN KEHADIRAN MURID SEHINGGA 19 OKTOBER 2015 :

1. SK Durian Mas 1
2. SK Kampung Baru Kuala Abang
3.SK Durian Mas 2
4. SK Minda Talong
5. Sk Pasir Raja
6. SK Batu 48
7. SK Tg Pati
8. Sk Sultan Omar
9. Sk bandar  dungun
10.Sk Ketengah Jaya II
11.SK Balai Besar
12.Sk.Felda Seri Rasau
13. Sk Padang Pulut
14. Sk Kuala Dungun
15. Sk Durian Mentangau
16. Sk Batu 7
17. SK LKTP Jerangau
18. SK Kuala Jengal
19. SK Bukit Besi
20. SK Kompra
21. SK Jongok Batu
22. SK Tebing Tembah
23. SK Gong Pasir
24. SK Seberang
25. SK Tokah
26. SK Lintang
27. SJK ( C ) Chee Mong
28. SJK ( C ) Kwang Hwa
29. SK Paka II
30. SK Dendang
31. SK Kampung Nyior
32. SK Delong

Terima kasih

Terima kasih

Thursday 15 October 2015

TAZKIRAH JUMAAT

Assalamualaikum

Tazkirah Jumaat untuk renungan kita bersama...



KEMAS KINI DATA APDM SEBELUM 31 OKTOBER 2015

Assalamualaikum dan selamat petang..

Makluman daripada Pengerusi Pemuafakatan GPK HEM, Cikgu Wahab bin Yusof

Pengemaskinian data apdm perlu dilakukan oleh guru kelas masing-masing berikutan penambahan menu pada data tersebut. Mohon jasa guru kelas mengambil tindakan sebelum 31 Oktober 2015 memandangkan pengumpulan data akhir tahun dilakukan pada tarikh tersebut. Semoga dalam perhatian tuan / puan sekalian.

Terima kasih

Wednesday 14 October 2015

BAJU KORPORAT PK HEM DAERAH DUNGUN

Assalamualaikum

Majlis Pemuafakatan GPK HEM Rendah telah berbincang dan mengambil keputusan untuk menyediakan baju korporat kepada mereka yang berminat. Harga dan corak serta warna dalam peringkat perbincangan. Tiada paksaan. Jika berminat, Guru-guru Penolong Kanan HEM boleh maklumkan kepada pengerusi kita iaitu Cg Wahab bin Yusof  untuk tempahan.

Semoga dengan baju korporat tersebut memberi satu keseragaman kepada ahli terutama jika terlibat dengan aktiviti tugas rasmi. Diharap mendapat kerjasama di kalangan ahli. Di bawah adalah contoh sahaja jenis baju korporat yang dicadangkan. Segala maklum balas cikgu-cikgu semua boleh diajukan di whatsapp GPK Hem atau tulis sahaja chatbox ( SEMBANG-SEMBANG ) di blog ini.

Terima kasih.



Tuesday 13 October 2015

SUMBANGAN BAKEP KEPADA BALU ARWAH CIKGU ZULKIFLI BIN MUDA

Assalamualaikum w.b.t

Penyerahan sumbangan BAKEP oleh Tn.Hj.Daid kepada balu arwah Cikgu Zulkifli bin Muda, guru SK Kampung Nyior Paka.

Al fatihah..semoga arwah bersama orang-orang yang beriman..Aminn...





MASAM MANIS KURSUS / BENGKEL GPK HEM DAERAH DUNGUN DI HOTEL SERI MALAYSIA GENTING HIGHLANDS 2015

Lebih kurang seramai 82 peserta yang terdiri daripada Pegawai PPD ( Unit HEM ), Guru-guru Penolong Kanan Rendah dan Menengah telah hadir ke Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands pada 13 hingga 15 September 2015 bagi tujuan kursus, bengkel dan lawatan penanda aras. Tahniah dan terima kasih daripada admin, bahagian jawatankuasa Majlis Pemuafakatan GPK Hem dan semua GPK Hem Daerah Dungun.

Semoga dengan kursus dan bengkel seperti ini memberi banyak input kepada semua GPK Hem samaada yang baharu atau yang sudah lama berkihdmat.

Syabas dan tahniah kepada anda semua.

DUNGUN TERBAIK



SALAM MAAL HIJRAH 1437H

Salam Maal Hijrah

Di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan Salam  Maal Hijrah 1437 H yang disambut pada hari ini 14 Oktober 2015 bersamaan 1 Muharram 1437H , semoga dengan tahun baru hijriah ini memberi satu kekuatan untuk kita bekerja dengan lebih gigih lagi demi anak bangsa kita yang tercinta.

Semoga Allah sentiasa merahmati kerja buat kita. Amin Ya Rabbal A'Lamin....

PENGHANTARAN MAKLUM BALAS DOKUMEN KEPADA PPD DUNGUN

Salam sejahtera

Kepada semua GPK HEM ( Rendah ) Daerah Dungun, berikut adalah tarikh-tarikh penting penghantaran dokumen kepada pihak Penyelia HEM PPD Dungun.

1. Murid Obesiti ( 15 Oktober 2015 )
2. Murid yang Mempunyai adik beradik melebihi 10 orang. ( Kerjasama PPD - Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) - Kerajaan Negeri Terengganu ( 15 Oktober 2015 )
3. Laporan Kajian Tindakan Ketidakhadiran Murid Ke Sekolah sesi 2015 ( 13 Oktober 2015 )

Semoga dalam perhatian pihak tuan puan...

SELAMAT DATANG KE BLOG GPK HEM DUNGUN

Salam sejahtera...

Selamat datang ke blog GPK Hem ( Rendah ) PPD Dungun. Semoga anda dapat berkongsi maklumat dan info-info melalui blog ini.

Terima kasih.