SELAMAT DATANG KE BLOG GPK HEM ( RENDAH ) DAERAH DUNGUN. SEMOGA DENGAN BLOG INI KITA DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT DAN PANDANGAN DALAM MEMAJUKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DIDIK KITA DI SEKOLAH MASING-MASING. SELAMAT MELAYARI BLOG INI DAN TERIMA KASIH.

Sunday 22 November 2015

BORANG INSTRUMENT PENARAFAN TANDAS SEKOLAH

Salam sejahtera

Borang Instrument Penarafan Tandas Sekolah bagi bulan November diminta oleh Penyelia Hem PPD Dungun untuk dihantar ke PPD dalam minggu. Borang tersebut boleh didapati dari Buku Panduan Pengurusan Tandas Sekolah secara hardcopy dan Guru-guru Penolong Kanan boleh juga mendapatkan secara softcopy dengan memuatturun  BORANG INSTRUMENT PENARAFAN TANDAS SEKOLAH melalui blog ini.

Semoga dapat memberi kemudahan kepada pihak sekolah untuk membuat pengiraan markah.

Terima kasih daripada admin.. SELAMAT BERCUTI BUAT CIKGU-CIKGU SEMUA...


Thursday 12 November 2015

JAMUAN PERPISAHAN PENYELIA KANAN HEM PPD DUNGUN DI MAYANG SARI RESORT

Salam Sejahtera Dan Selamat Malam kepada semua.

PEMBERITAHUAN MAJLIS PERSARAAN TN HJ DAIT AKAN DI ADAKAN :

TARIKH       : 15 NOVEMBER 2015
HARI            : AHAD
TEMPAT      : MAYANG SARI RESORT
MASA.         : 2.00 PETANG


Kita semua sedia maklum atas kekangan masa. Namun Kita berusaha bagi merealisasikan jamuan persaraan Tuan Hj Dait sebagai tanda berterima kasih serta menghargai beliau dari kita semua.
Ayuh sahabat semua kita bersama menjayakannya.

Terima kasih.



                                                        TN HJ DAIT BIN MOHAMAD
                                              ( PENYELIA KANAN HEM PPD DUNGUN )

Tuesday 10 November 2015

TAKLIMAT PERSIAPAN BANJIR 2015

Salam sejahtera.

Pada 9 November 2015, jam  2.15 petang diadakan Taklimat Persiapan Banjir yang disampaikan oleh Tuan Pegawai PPD Dungun, Haji Bakar bin Jusoh di Bilik Chemerong PPD Dungun. Taklimat tersebut dihadiri oleh semua guru besar, pengetua, gpk dan wakil dari seluruh sekolah di daerah Dungun.

Semua sekolah diminta mewujudkan jawatankuasa banjir di peringkat sekolah selepas pulang ke sekolah masing-masing.

Terima kasih kepada pihak PPD Dungun di atas taklimat di atas.

Antara jawatan kuasa yang terlibat dengan banjir adalah seperti berikut :

Pengerusi : GB / Pengetua
Timbalan Pengerusi : GPK
Naib Pengerusi : Semua PK
Setiausaha : Guru
AJK
Guru Kaunseling
Guru Disiplin
Guru Kanan M.pelajaran
Guru SPBT
Guru Data
Guru Ict
P.Tadbir
Ydp Pibg
Pengusaha Kantin
Ketua Keselamatan Sek
Ketua Kebersihan Sek
Pegawai Perhubungan Sek
Pengerusi Jkkk
Pegawai Pdrm

SURAT-SURAT PERMOHONAN PENTING BERKAITAN BAKEP

Salam sejahtera.

Di sini admin ingin berkongsi maklumat berkaitan surat-surat permohonan penting berkaitan Badan Kebajikan Pendidik JPNT. Anda boleh memuatturun surat-surat tersebut di sini sebagai rujukan.

CONTOH SURAT SUMBANGAN HOSPITAL BAKEP 2015

CONTOH SURAT TUNTUTAN KEMATIAN PASANGAN BAKEP 2015

Semoga ianya bermanafaat untuk anda semua.

Terima kasih...