SELAMAT DATANG KE BLOG GPK HEM ( RENDAH ) DAERAH DUNGUN. SEMOGA DENGAN BLOG INI KITA DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT DAN PANDANGAN DALAM MEMAJUKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DIDIK KITA DI SEKOLAH MASING-MASING. SELAMAT MELAYARI BLOG INI DAN TERIMA KASIH.

Tuesday 2 February 2016

MAJLIS PELANTIKAN BARU JAWATAN PENYELIA KANAN DI PPD DUNGUN 2016

Assalamualaikum

Di sini admin ingin berkongsi maklumat tentang Majlis Pelantikan Baru Jawatan Penyelia Kanan di PPD berkuat kuasa 1 Februari 2016.

Pegawai yang terlibat adalah En Sabudin bin Mahmud ( admin blog ini ) dinaikkan pangkat dari GPK Hem SK Kampung Baru Kuala Abang ke jawatan Penyelia Kanan Hem menggantikan Tn Haji Dait bin Mohamad yang bersara.

Seorang lagi pegawai yang terlibat adalah En Farid, dinaikkan pangkat dari SK Tanjung Pati ke jawatan Penyelia Kanan Pembangunan.

Semoga pegawai-pegawai yang baru dilantik dapat menjalankan tugas seperti yang diamanahkan demi kemajuan pendidikan anak-anak di daerah Dungun khasnya dan di negeri Terengganu, amnya.

Tahniah sekali lagi..




No comments:

Post a Comment